Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik ILHAM Centre berkata, karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengalaman sebagai Menteri Kabinet sebelum ini menjadi petunjuk kepada pembentukan Kabinet yang kecil seperti yang diumumkan. Pengecilan saiz Kabinet dilihat akan memberi impak besar kepada penstrukturan pentadbiran awam melibatkan penggabungan.